Posts

Showing posts from November, 2009

* SUAMI ISTERI KENA BERTOLAK ANSUR*

Image
salam, gembira hati x terkira=) {hooreeyyy.. melompat2 sampai terangkat kain..opsss, jgn fikir bukan2 kain kat ampaian, coz bergegar bila melompat..huhu} apa kena mengena gembira dengan tajuk post nih.. hah!!! bila tiba hari raya, pastinya masalah pulang ke kampung mana menjadi topik hangat. maklumlah masing-masing nak beraya bersama dengan keluarga. tapi kalu nak difikirkan balik, bak kata org tua, bila kita dah berkahwin kita kn terima diri pasangan dengan keluarganya sebagai keluarga kita jgk.. baru aman rumahtangga.. miss laksa taun ni x jadi masalah, maklumlah dah merancang awal. jika raya aidilfitri umah mertua,raya aidiladha umah sendiri. masing2 setuju.. alhamdullilah... my hubby nak korbankan unta ker??? note: tima kasih buat hubby, samson arit kerana setuju untuk pulang lewat ker Gurun..dan buat semua umat islam around the world, SElamat Hari Raya Aidiladha~ selamat berkorban..hah korban kasih.. ohhh no!

NASI LEMAK JALAN PARI

Image
pagi2.. kalu bagun pagi jew terhidang nasi lemak.. argghhhh sedap btul.. bau yew pun dah leh menambahkan berat, apath lagi kalori diier.. huhu.. sekali sekala makan ok sebenarnya.. kalu hari2 mau naik badan nih.. NASI LEMAK JALAN PARI Bahan2  2 cawan beras  2 ulas bawang merah (jika perlu)  1 hirisan halia (jika perlu)  1 batang serai (jika perlu)  4 biji lada hitam (jika perlu)  250ml santan (1/2 biji kelapa)  50ml air  ½ ct. garam  2 helai daun pandan Cara Penyediaan: 1. Pengukus disediakan. Bahan-bahan nasi lemak turut disediakan. Serai dan dan halia dikupas. 2. Bawang dibasuh dan dihiris, halia dimayang, lada hitam dibasuh (jika digunakan) dan serai dititik. 3. Santan disediakan dan garam dimasukkan ke dalamnya. 4. Beras dibasuh,ditoskan dan dimasukkan ke dalam dulang pengukus berserta santan,bawang hiris,halia,lada hitam dan serai yang dititik. 5. Beras dikukus dalam pengukus selama 20-25 minit,dikacau sekali-sekala. (Beras juga boleh ...

NASI GORENG JALAN HARUAN

Image
NASI GORENG JALAN HARUAN Bahan-bahan:  2 cawan nasi  1 biji telur  2 cb. Kacang pis  50 gm. Ayam  2 cb. Sos tiram  6 ulas bawang merah  2 ulas bawang putih  150 gm sayur campuran beku  3 cb. Minyak masak  2 cb. Kicap cair  Garam, lada sulah  I biji cili merah } hiasan  3 helai daun bawang } hiasan Cara Penyediaan: 1. bersihkan dan potong isi ayam. 2.tumbuk bawang merah dan bawang putih. 3.panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk dan goreng selama 1-2 minit. 4.masukkan isi ayam dan kacau rata sehingga isi ayam empuk. 5.masukkan nasi, gaul hingga rata kemudian masukkan sayuran beku, garam, lada sulah, kicap dan sos tiram. 6.sesuaikan rasa, angkat, hias dan hidangkan. 7.buat telur dadar dan hidangkan bersama nasi goreng.

MENU MAKANAN TENGAHARI

Image
hah!!! hari ni miss laksa nak bagi menu bagi makan tengahari atau dalam bahasa omputihnya lunch time.. hehe.. hah, ni la disebut makanan yang lengkap.. ada karbohidrat,protein, vitamin, lemak.. SAMBAL TUMIS SOTONG DAN UBI KENTANG Bahan2 1/2 kg sotong (siap dibersih) 8-10 bj cili kering (rendam ngan air panas/ leh jg gn cili boh 2-3 sudu)* 1bj bawang besar* 2 ulas bawang kecil* 2 ulas bawang putih* air asam jawa 2 sudu sos tomato/ 1 sudu sos tiram/ 2 sudu sos cili 2 bj ubi kentang (dipotong wedges) Cara memasak 1. Kisar bahan yang bertanda * dan kemudiaannya panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik minyak. 2. Masukkan campuran sos dan tuang kan air sedikit. 3. Masukkan air asam jawa dan masukkan sotong dan ubi. Tutup periuk supaya mudah sotong dan ubi empuk. 4. Perasakan dengan garam dan gula. p/s: kalu nak pedas lebihkan cili kering. Miss laksa suka manis2 sikit sambal ni so miss laksa letak 3 sudu gula. memang sedap.. manis2 pedas gitu.. hah...

BUBUR AYAM PARIT BUNTAQ

Image
ni resipi untuk pesakit cntohyer demam ker, x lalu makan ker.. hehe.. atau pun untuk org yg x da gigi.. resipi yang mudah lagi senang.. cuba la yer... BUBUR AYAM Bahan2 1/2 ekor ayam kecil 1.25l air 1 cb beras 1 ulas bawang merah(hiris) 1/2 batang carrot(potong dadu) 1 batang daun sadri ( hiasan jew) garam,lada sulah Cara memasaknyer 1. Bersihkan ayam dan potong besar-besar 2. Masukkan air,beras, bawang,carrot,garam dan lada sulah 3. Rendidihkan selama 1 jam 4. Hiaskan dan hidangkan panas2.. p/s: bubur ayam ni maknan sihat, kalu untuk baby nak makan pun ok..jgn le potong ayam besar2 sgt nanti tercekik lak.. huhu.. _ilmu untuk dikongsi_

KACANG KUDA

Image
hi, kacang kuda??? emm sedap jer tgk org jual kacang kuda kat pasar malam tuh.. mylaksa nak bli teringin tapi myb kata ala sikit ja tuh..so, masa g giant ari uh, kitaorg beli gak.. nak rebus.. huhu.. KACANG KUDA Bahan2 kacang kuda (rendam 2 hari) garam 1 sudu daun kari air cara merebusnya 1. Basuhkan kacang kuda yang telah direndam itu dan masukkan kedalam periuk 2. Masukkan air lebih sedikit dari kacang kuda itu dan letakkan garam 3. Apabila mendidih masukkan daun kari. 4. Apabila empuk, angkat dan toskan. p/s:- daun kari tuh tujuan dia nak harumkan kacang kuda tuh. kalu x letak pun x pa.. cara nak makan pastikan dibuang kulit, takut batuk la kalu makan kulit sekali.. kalu malas bedal jer la ngan kulit2 sekali.. hhehe..

MEE GORENG SPECIAL

Image
Sebenarnya dah lama nak post entry nih, tapi x da masa.. maklumla nak interview jadi ya x sempat nak post... citer ya, ada kuah kacang yang dibuat untuk makan ngan cucur semalam.. x habis lagi.. mylaksa simpan dalam frezer.. ni nak kuarkan, untuk masak sarapan.. emm nak masak apa la agak ya.. nampak mee kuning, sawi,taugeh.. ha apa lagi.. goreng mee la.. MEE GORENG Bahan2 Mee kuning (basuh dulu buang kapur) daging ayam / daging/ udang/bebola ikan ( yang mana ada la) 3 sudu cili kering 2 sudu sos cili/tomato/kicap pekat ( campu sekali) bawang kecil/bwg putih ( tumbuk/ hiris) kuah kacang( kalu ada)-mylaksa ada lebih semalam sayur sawi (hiris) taugeh Cara Memasak 1.tumis bawang hingga garing 2. masukkan cili kering dan sedikit air hingga naik minyak 3. masukkan daging ayam 4. masukkan campuran sos dan kuah kacang 5. masak lagi hingga pekat 6.masukkan batang sawi dan apabila empuk masukkan mee 7. masukkan sawi dan taugeh.. 8. SIAPPP p/s= boleh jgk masukkan telur/ ...