*** SELAMAT HARI GURU***

Alhamdulillah.. genap 6 bulan aku jadi cikgu kat SMK Bukit Jambul... bermacam2 dugaan dan cabaran aku tempuh.. maklumlah org baru.. baru nak berjinak2 dengan dunia pekerjaan... dan untuk 6 bulan ini jgk la aku merasakan betapa indahnya menjadi guru jika ikhlas melakukan tugas... besa lah yang kuat merungut akan tugasan tambahan mmg x dapat dinafikan... tambah2 kalu hari sabtu terpaksa hadir ke sekolah.. alahhhh.. mengeluh panjang masa tuh... tapi dah tugas guru begitu nak x nak, dalam merungut tetap jgk datang dengan ceria=)))...

SMK bukit jambul akan sambut hari guru pada 4/6 ni.. wah x sabar nak tgk apa aktiviti yg bakal diadakan. maklumlah first time mengalaminya... Walaupun ramai yang beranggapan guru bukan lagi faktor utama kejayaan pelajar, tapi tanpa guru mampukah pelajar belajar sendiri=)))...

untuk itu, sempena hari guru ini.. my wish tuh all my teachers since tadika until University
" HAPPY TEACHERS DAY". May God Bless all of U.....

kenangan jadi cikgu praktikal~

Comments

Popular posts from this blog

NASI PUTIH

ROTI BALAK

APA Yg NAk dipelikkan..