* SATE DAGING MERTUA*

salam,
mesti kat umah masing-masing masih ada daging korban kan??? kat umah miss laksa dalam freezer tuh penuh daging.Nasib baik peti ais sederhana besar, maka muatla nak isi daging,tulang, dan macam-macam lagi organ dalaman yang diberikan.

menu resipi sate daging nih dimasak oleh mak mertua miss laksa. Kami panggang pada malam ke-2 raya haji. Disebabkan nak makan sate, petang tuh miss laksa ngan hubby g pekan guar nenas cari lidi dan arang. bersemangat kami suami isteri =) almaklumlah, raya korban taun ni, raya korban pertama kami.


kuah perapan untuk sate daging  dibuat oleh mak mertua miss laksa, sebab miss laksa tak reti wat=) tapi tabik springg lah.. orang tua kalu masak x da sukatan yang tepat. tapi hasilnya amat sedap. hehe..


SATE DAGING MERTUA

2 kg daging ( dipotong dadu )

untuk bahan perap

5 batang serai
2" halia
2" lengkuas
4 sudu cili kisar
3 biji bawang besar
jintan putih,jintan manis,herba
2 sudu kunyit
garam secukup rasa

Cara membuatnya

1. blender semua bahan untuk perapan
2. perapkan bersama daging yang telah dipotong dadu selama 3-4 jam
3.cucukkan daging pada lidi ( 1 lidi dalam 5-6 potong daging)
4. apabila hendak bakar pastikan dibuat dahulu bara apinya.
5. semasa membakar, renjiskan santan sederhana pekat supaya lebih sedap.

p/s: semasa membakar api bara kena dijaga, takutnya luar dah hangit, dalam x masak lagi. miss laksa ada sesuatu yang baru nak dikongsi, resipi telur lembu bakar. mis laksa x makan sebab x lalu, tapi abang dan adik ipar kata rasa dia sedap. lemak-lemak. ~ apa-apa pun selamat mencuba~






Comments

Anonymous said…
ish2..patut la

Popular posts from this blog

NASI PUTIH

ROTI BALAK

APA Yg NAk dipelikkan..