* POSMEN HANTU*

Agak keterlaluan ke tajuk en3 kali ni??? posmen hantu... menyeramkan x??? x? emm memang la x seram bukan ya posmen jadi hantu. cuma posmen yang ditakuti oleh semua bakal2 guru yang akan berposting. wah berposting.. bahasa apa tuh!!!

*** aimi, aku dgr kak tut**** dapat surat la... ( wah x senang duduk ku)
*** aimi, budak johor, melaka n n9 ada yang dapat surat tuh.. ( wajarkah aku tdo lena)
*** aimi, budak kedah.. kosmate kita pun ada dapat ( nasi yang sedap rasa macam makan bubur)

inilah perasaan yang menghantui diriku dan rakan2 lain yang akan berposting pada bulan 12 nih.. harapan setinggi gunung kinabalu ( bangga jadi rakyat malaysia) hendak berkhidmat menjadi seorang guru.tetapi apa yang menghantui adalah kiriman pos daripada KPM mengenai kegagalan dalam temuduga dan ujian Insak. Apa lagi yang ingin dinilai oleh KPM, tidak cukup kuatker ilmu pedagogi dan latihan mengajar setelah berhempas pulas selama 4 tahun diuniversiti tempatan yang telah digelar universiti penyelidikan.

masing2 ternanti surat itu. bukan untuk diterima tapi untuk dijauhkan. bila posmen datang saja, berdoalah semoga tiada surat gagal atas namaku. Jumaat, Sabtu,Ahad,Isnin,selasa,rabu... masih ternanti. posmen musuh utama ketika itu. kalau boleh tidak mahu posmen singgah di peti surat.

Mujurlah, keputusan kuar awal. Alhamdulillah, ditempatkan di Negeri Pulau mutiara. Bersyukur kehadratNya.





*** x suka posmen hantar surat gagal interview, tapi nantikan surat penempatan, x sampai jgk*** jodohku bukan dengan posmen....

Comments

Anonymous said…
selamat melapor diri!

Popular posts from this blog

NASI PUTIH

ROTI BALAK

APA Yg NAk dipelikkan..