Posts

Showing posts from December, 2009

* POSMEN HANTU*

Image
Agak keterlaluan ke tajuk en3 kali ni??? posmen hantu... menyeramkan x??? x? emm memang la x seram bukan ya posmen jadi hantu. cuma posmen yang ditakuti oleh semua bakal2 guru yang akan berposting. wah berposting.. bahasa apa tuh!!! *** aimi, aku dgr kak tut**** dapat surat la... ( wah x senang duduk ku) *** aimi, budak johor, melaka n n9 ada yang dapat surat tuh.. ( wajarkah aku tdo lena) *** aimi, budak kedah.. kosmate kita pun ada dapat ( nasi yang sedap rasa macam makan bubur) inilah perasaan yang menghantui diriku dan rakan2 lain yang akan berposting pada bulan 12 nih.. harapan setinggi gunung kinabalu ( bangga jadi rakyat malaysia) hendak berkhidmat menjadi seorang guru.tetapi apa yang menghantui adalah kiriman pos daripada KPM mengenai kegagalan dalam temuduga dan ujian Insak. Apa lagi yang ingin dinilai oleh KPM, tidak cukup kuatker ilmu pedagogi dan latihan mengajar setelah berhempas pulas selama 4 tahun diuniversiti tempatan yang telah digelar universiti penyelidikan. ...

*KUIH KERIA CINTAKU PADAMU*

Image
^^wah!!! tajuk x boleh blah.. macam tajuk lagu tapi yang x best yer ada kuih keria la plak.. hehe " Ini Permintaan".. hubby miss laksa g beli ubi semata-mata nak suh buat kuih keria. Nak x nak buat jgk la.. boleh jgk masukkan dalam en3 ini.. ^^ ^^7 November 2009, kenduri umah c.leha, di Ipoh. kenduri untuk c.leha pegi menunaikan ibadah haji. yang tidak ketinggalan dijamu pada makan sarapan pagi itu adalah Kuih keria. wah, bukan main laku lagi.. maklumlah, manis-manis gula^^ KUIH KERIA Bahan-Bahan 3 biji ubi keledek sederhana besar 100g tepung gandum ½ cawan gula pasir Secubit garam Cara Membuatnya 1. Rebus ubi keledek yang telah dibersihkan sehingga lembut. 2. Lenyekkan ubi tadi dan masukkan tepung , gula dan garam. 3. Uli sehingga tepung dan ubi sebati. 4. Bentukkan bulat-bulat , leperkan dan buat lubang ditengahnya. 5. Sedia untuk digoreng menggunakan minyak penuh. p/s: kuih keria ini kena disalut dengan gula. x kirala gula yang keras atau g...

* TIGA ROTI SEGERA DAN MENGENYANGKAN*

Image
Hari ini miss laksa postkan en3 yang lebih mudah dan sedap. pastinya resipi yang menjadi peminat kanak-kanak,remaja, wanita dan x kurang juga warga tua. Tiga jenis roti boleh disediakan dengan hanya membeli sebuku roti gardenier atau Hi-5.Khasiat roti ni adalah mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh badan. Maka, amatlah bersesuai dihidangkan pada sarapan pagi. Juga boleh dibekalkan kepada anak atau suami yang hendak ksekolah atau ke tmpt kerja. EGG BREAD SEMPOI Bahan-Bahan 4 keping roti gardenier 2 biji telur 2 camca sos cili 1/2 mangkuk hirisan kobis 1/2 mangkuk hirisan lobak merah Cara Membuatnya 1. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. 2. Pecahkan sebiji telur. Jadikan ia telur mata kerbau. 3. Sambung masak sebiji telur lagi dan angkat. 4. Letakkan sekeping roti gardenier dan letakkn sebiji telur mata yang telah digoreng tadi. 5. Hiaskan dengan hirisan kobis dan lobak. 6. Tuangkan sos cili mengikut kesukaan. dan tutupkan hidangan dengan sekeping lag...

* TWO NEW TRIES RECIPIES*

Kenapa en3 ini ditulis adalah untuk memberitahu 2 resipi terbaru yang dicelup dari blog peminat masakan. yang pertama Puding Kek dari resipi D . Lagi satu resipi pizza meggi dari blog k.an. Wah x sabar nak tunggu hasilnya. Puding kek ini kalu jadi nak dijadikan desert untuk perkahwinan k.idah pada 12.12.2009. Moga2 menjadilah. Saja nak mencuba sesuatu yang baru. Dah jemu wat cocktail puding, karamel, dadih strawbery. anyway, tgu esok en3 menjadi atau tidak resipi tu.tada..tadi..tidu...

* KUAH KACANG ISTIMEWA*

Image
Jerawat!!!! jerit jijah kuat. mau x nya, pompuan bila muka naik jerawat dah tentu resah x terkira. ada pendapat kata bila kita makan kacang muka akan naik jerawat. betul ker??? emm tapi kacang tuh la makanan yang sedap. tambah-tambah kalu makan cucur udang atau apa-apa cucur tentu kuah kacang menjadi keutamaan. macam mana pula dengan sate??? hah, tentu sdap kalu ada kuah kacang kan... en3 kuah kacang istimewa ini adalah untuk dimakan bersama cucur. kalu buat cicah sate kurang sedikitla.. sebab x pekat macam kuah sate. ini kuah kacang simple dan mudah. dicipta sendiri oleh miss laksa khusus untuk mylaksa~ la..la..la.. KUAH KACANG ISTIMEWA Bahan-Bahan 12 keping cili kering dipotong ( blender tanpa air) 2 gengam kacang tanah yang telah digoreng 2 sudu gula merah 3 sudu gula pasir sedikit garam 3 cwn air Cara Membuatnya 1. blender cili kering tanpa gunakan air dan masukkan kedalam periuk 2. blender kacang tanah, 1 diblender hancur dan satu lagi diblender kasar. masukka...

* SATE DAGING MERTUA*

Image
salam, mesti kat umah masing-masing masih ada daging korban kan??? kat umah miss laksa dalam freezer tuh penuh daging.Nasib baik peti ais sederhana besar, maka muatla nak isi daging,tulang, dan macam-macam lagi organ dalaman yang diberikan. menu resipi sate daging nih dimasak oleh mak mertua miss laksa. Kami panggang pada malam ke-2 raya haji. Disebabkan nak makan sate, petang tuh miss laksa ngan hubby g pekan guar nenas cari lidi dan arang. bersemangat kami suami isteri =) almaklumlah, raya korban taun ni, raya korban pertama kami. kuah perapan untuk sate daging  dibuat oleh mak mertua miss laksa, sebab miss laksa tak reti wat=) tapi tabik springg lah.. orang tua kalu masak x da sukatan yang tepat. tapi hasilnya amat sedap. hehe.. SATE DAGING MERTUA 2 kg daging ( dipotong dadu ) untuk bahan perap 5 batang serai 2" halia 2" lengkuas 4 sudu cili kisar 3 biji bawang besar jintan putih,jintan manis,herba 2 sudu kunyit garam secukup rasa Cara membuatnya ...