my b:amboi sedapyer bau biskut ni..
mylaksa: hehe.. resipi ni k.mas yer, tapi hana yg tolong forwardkan sms
resipi nih..
my b: pernah cuba ka?
mylaksa: taun lepas cuba, tapi x jadi.. ni baru nak try
lagi..
my b: bau sedap, nampak mcm baek jer..
mylaksa: tgu berbuka baru leh rasa.
BISKUT KOKO RICE
Bahan2
220g butter
90 g gula icing
1 bj kuning telur
1ct esen vanilla
200g tepung
50g tepung jagung
25g serbuk koko
coklat rice( hiasan)
cara membuatnya
1.pukul butter + gula hingga kembang semangkuk
2. masukkan kuning telur + esen. pukul lagi
3.ayak tepung gandum+jagung+serbuk koko dan gaulkan dalam adunan tadi.
4. bentukkan doh.
5. canai doh n terap.
6. bakar dalam ketuhar 160c selama 15-20min
7. selepas siap, masakkan cklat cair( guna kaedah double boiling)
8. celup biskut tadi dalam coklat dan tabur coklat rice. biar sejuk seketika dan simpan.
selepas berbuka puasa
myb: emm sedap yer..leh wat niaga
mylaksa: hehe..(tersipu malu konon)
p/s: thanks to
k.mas for the recipies.. and
also for hana who forwad the recipies.. try it!
Comments