SelAmat hari Raya AidilAdha

aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha pada semua umat islam.. dan pada bakal jemaah haji yg bakal pulang semoga segala urusan di tanah suci mendapat keredhaanNya..
tahun ni mama n abah wat korban.. maka adala sup daging kat umah.. tapi bagi yg berpenyakit. AWAS!!!.. jgn makan banyak2.. bahaya..
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan
daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang
yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging
yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging
kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga
dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat
mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging
unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga
melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang
pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Comments